Bahagian 2
Sedari kecil aku memang suka belajar. Yalah,aku bukannya seorang yang pandai. Jadi mestilah aku kena belajar. Apabila habis pengajian ku di peringkat ijazah, aku telah mengambil Kursus Perguruan Lepasan Ijazah di sebuah maktab perguruan di selatan tanah air. Cita-citaku sejak kecil ingin menjadi seorang guru. Setelah berhempas-pulas belajar selama setahun, aku kini telah menjawat jawatan sebagai seorang guru di sebuah sekolah menengah di Seremban, Negeri Sembilan. Aku, semasa di universiti telah dikenali sebagai seorang yang nerd.....yelah asyik belajar saje. Ulat buku orang kata. Ya.....aku tidak suka membuang masa....masa itu kan emas.......inilah perumpamaan yang selalu diucapkan oleh abahku kepada kami adik-beradik......
Lupa pula aku nak menceritakan tentang keluargaku......Aku adalah anak ketiga dan anak tunggal perempuan daripada 4 orang adik-beradik......Bapaku ialah seorang pesara guru dan ibuku pula surirumah yang amat penyayang....sememangnya aku amat rapat dengan ibuku memandangkan aku adalah satu-satunya anak perempuan didalam keluarga.....
Tuesday, August 17, 2010
Mentari menjengah jua ( Bahagian 2)
Posted by Faridah Othman at 2:02:00 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment